Penganggur mengaku liwat remaja - Utusan Malaysia

Penganggur mengaku liwat remaja

ABANG Ariff Haikal Abang Zaidel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan rakannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V. M. Mabel Sheela.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abang Ariff Haikal yang sudah tidak bekerja sejak tiga bulan lalu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumahj pada pukul 5 petang di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini, 5 November lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam dubur mangsa.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman kemudian memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh namun meminta jumlah RM30,000 jika mahkamah mahu lelaki itu diberikan jaminan.

Katanya, ia kerana melibatkan kesalahan jenayah seksual yang merupakan kesalahan berat.

Bagaimanapun dalam rayuannya, tertuduh memohon agar dikurangkan jaminan kerana sudah menginsafi dan menyesali perbuatannya itu.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati atau mengganggu mangsa serta saksi-saksi yang terlibat dengan kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 15 Disember ini sebagai sebutan semula kes melibatkan laporan perubatan sementara keputusan hukuman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya