Penganggur didakwa bunuh bekas isteri - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa bunuh bekas isteri

MOHD. Hanif Mohd. Ismail (tiga dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor atas tuduhan membunuh bekas isterinya. - UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas isterinya di dalam sebuah gudang kosong di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, di sini awal bulan ini.

Mohd. Hanif Mohd Ismail, 42, hanya menganggukkan kepala sebagai tanda faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul’Izzati Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Hanif didakwa membunuh Halizam Hamzah, 43, di sebuah gudang kosong di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng pada 6 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawar memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Radhiah Zainurin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan tarikh 23 December ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju hijau muda dan berseluar kuning kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim dilaporkan berkata, mayat wanita ditemukan penduduk di sebuah kawasan perumahan pada 8 pagi sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Berita kehilangan penjual tauhu bakar itu tular dalam laman media sosial selepas wanita itu tidak pulang ke rumah sebaik sahaja selesai berniaga di pekan Yong Peng seperti kebiasaannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN