Pemandu maut kereta terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pemandu Perodua Myvi maut manakala rakannya cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 85.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, Hairul Hilman Rizal, 22, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Katanya, penumpangnya pula dikenali sebagai Muhammad Radhi Rozali, 21.

“Lebih kurang 12.30 tengah malam satu kemalangan tberlaku dan hasil siasatan awal mendapati kawasan kemalangan adalah jalan selekoh dan berpermukaan basah.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan dari arah Kota Tinggi menghala Ke Kluang hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Polis menerima maklumat daripada waris pagi ini mengatakan pemandu Perodua Myvi meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sri Lalang untuk pemeriksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya