Pegawai bomba maut jatuh motosikal - Utusan Malaysia

Pegawai bomba maut jatuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pegawai bomba yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumahnya di Tanjung Rambutan, maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Tanjung Bakti, di sini hari ini.

Ahmad Fadzilah Tahir, 59, yang merupakan Pegawai Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor ditemukan orang awam pada pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss itu jatuh bersama motosikalnya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Temubual awal ke atas kakak mangsa memaklumkan mangsa balik bercuti ke kampung di Tanjung Rambutan untuk melihat kebunnya.

“Wanita itu juga memaklumkan adik lelakinya itu mempunyai sakit jantung dan darah tinggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Bedah siasat akan dijalankan esok pada pukul 9 pagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya