Pandu lawan arus elak SJR balik sambut Deepavali - Utusan Malaysia

Pandu lawan arus elak SJR balik sambut Deepavali

KEADAAN kereta Perodua Axia dipandu melawan arus yang terlibat kemalangan di Kilometer 355.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara dekat Sungkai, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Gara-gara mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, seorang lelaki sanggup memandu melawan arus dalam kejadian di Kilometer 355.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, semalam.

Tindakan melulu lelaki berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia itu mengakibatkan kemalangan dua kenderaan lain dan seorang cedera.

Dalam kejadian tersebut, suspek memandu melawan arus sejauh 1.4 kilometer di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.

Difahamkan, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bidor untuk menyambut perayaan Deepavali, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kenderaan dipandu melawan arus pada pukul 6.06 petang semalam.

Katanya, apabila anggotanya tiba di lokasi didapati ketiga-tiga kenderaan termasuk kereta jenis Toyoya Rush dan sebuah treler muatan mesin sarung tangan dialihkan ke tepi jalan.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku semasa suspek dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor.

“Bagaimanapun, lelaki itu memandu melawan arus dari susur keluar Sungkai menghala ke selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selaran arah Utara,” katanya di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, tindakan tiba-tiba lelaki itu menyebabkan kereta dipandunya bertembung dengan kereta Toyota Rush dipandu lelaki berusia 25 tahun dan sebuah treler di lorong kiri yang tidak sempat mengelak.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka ringan manakala lelaki tersebut dan pemandu treler berusia 27 tahun tidak cedera.

“Tangkapan ke atas lelaki itu tidak dilakukan sejurus selepas ditahan berikutan suspek baru menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 (ujian swab) di Klang, Selangor dan keputusan ujian masih belum diperoleh.

“Suspek bagaimanapun ditahan pada pukul 11 pagi ini di rumahnya di Bidor untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Video berdurasi 16 saat yang memaparkan kejadian pandu lawan arus itu dirakam pemandu yang dalam perjalanan ke selatan tular dalam media sosial sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya