Pacuan empat roda polis bawa mayat terbabas - Utusan Malaysia

Pacuan empat roda polis bawa mayat terbabas

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda polis yang membawa mayat seorang peladang selepas terbabas di Kilometer 52 Bari di Sungai Tong di Setiu, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kenderaan pacuan empat roda polis yang membawa mayat seorang peladang berusia 51 tahun terjatuh ke tebing ladang kelapa sawit di Kilometer 52, Bari di Sungai Tong, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu menyebabkan pemandu kenderaan berpangkat koperal terseliuh bahu kiri manakala pengiring mayat yang merupakan bilal berusia 57 tahun patah lengan kanan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Afandi Husin berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan itu dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan bilal yang juga waris si mati berada di bahagian belakang.

“Hujan lebat dan jalan licin mengakibatkan kenderaan pacuan empat roda polis itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi itu adalah laluan selekoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Afandi, pemandu dan waris si mati yang cedera dibawa ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya