Nafas bekal 74,000 tan metrik benih padi kepada pesawah  - Utusan Malaysia

Nafas bekal 74,000 tan metrik benih padi kepada pesawah 

SERORANG pesawah, Yahya Ahmad, 47, memikul benih padi untuk ditabur di sawah miliknya di Kampung Alor Setol, Langgar, Alor Setar. UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan syarikat dilantik kerajaan menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mampu membekalkan benih padi  74, 000 tan metrik setahun kepada pesawah di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah tersebut melebihi daripada yang diperlukan iaitu sebanyak 72,000 tan metrik.

Sehubungan itu, menurut beliau, masalah pembekalan benih tidak sah dikenal pasti pada masa ini melibatkan manipulasi di peringkat pengedaran yang dikendali ajen haram.

“Sebab itu kementerian nak lihat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebagai ajen tunggal benih padi sah di negara ini. Maka masalah benih tidak sampai dapat diatasi.

“Kita akui  masalah pengagihan masalah lama tapi bukan semua benih padi tidak sah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkenaan pembekalan benih kepada pesawah. 

Dalam pada itu, Roanld berkata, ada pelbagai isu lain melibatkan bijih benih padi yang dikenal pasti kementerian setakat ini.

“Masalah  lain seperti tiada harga kawalan siling , tiada pembelian benih di pintu kilang tanpa kawalan, rantaian yang dikuasai ajen dan tiada kawalan pengeluaran benih tak sah. 

“Walaupun ia isu  lama namun ia tidak mampu ditangani. Sebab itu  kementerian ambil langkah drastik seperti subsidi isu harga siling ditetapkan maksimum untuk pastikan tiada manipulasi  harga benih kepada pesawah,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN