Motosikal bertembung: 1 maut, 2 parah - Utusan Malaysia

Motosikal bertembung: 1 maut, 2 parah

KEMALANGAN dua motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang pemasangan kereta maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Azinor Isma Salim, 40, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Shah Alam.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha 135LC itu ditunggang Mohd. Azirul Hanafie Omar, 21, yang juga membonceng wanita warga Indonesia dikenali Wijayantidiyahayu berusia 22 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati mangsa yang tinggal di Puchong dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di sebuah kilang pemasangan kereta.

“Kemalangan mengakibarkan mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng pula cedera parah.

“Kedua-dua mereka kini dibawa ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya