Motif kejadian lelaki atas Jalan Bangsar disiasat - Utusan Malaysia

Motif kejadian lelaki atas Jalan Bangsar disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat motif kejadian berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di atas jalan di Jalan Bangsar, di sini dengan beberapa kesan luka dipercayai tetakan senjata tajam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kesan kecederaan pada tubuh mangsa dipercayai akibat daripada objek tumpul.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya setakat ini belum dapat memastikan sama ada lelaki tersebut adalah mangsa kes pembunuhan berikutan terdapat kemungkinan kematiannya berpunca dari kejadian kemalangan jalan raya.

“Ini adalah berdasarkan laporan awal daripada hasil bedah siasat jabatan forensik yang tidak menolak kemungkinan wujud unsur kemalangan namun siasatan diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu, mangsa dipercayai lelaki warga asing selepas dikesan tidak mempunyai suntikan BCG pada lengannya.

Bagaimanapun, jelasnya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Khamis lalu, tular gambar seorang lelaki berusia 30-an ditemukan di atas jalan di Jalan Bangsar di sini.

Mangsa ditemukan dalam keadaan beberapa kesan kecederaan pada badan dipercayai daripada senjata tajam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kes bunuh.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN