Medan Selera Tanjung Bungah terbakar - Utusan Malaysia

Medan Selera Tanjung Bungah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penduduk di sekitar Tanjung Bungah pagi ini gempar dengan kejadian kebakaran melibatkan kawasan Medan Selera Tanjung Bungah yang terletak di Jalan Sungai Kerian, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, medan selera yang sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai khususnya para pelancong hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Mohd. Rizuan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran itu pada pukul 10.19 pagi.

“Kejadian melibatkan kedai makanan jenis terbuka kelas B dengan keluasan keseluruhan setiap kedai kira-kira lima kali 10 meter persegi.

“Ketika tiba di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan kedai makanan jenis terbuka iaitu medan selera,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggaran peratusan kemusnahan adalah 70 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.50 pagi.

“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa. Jumlah kerugian masih belum diperoleh dan punca kebakaran sedang disiasat,” katanya.

Tambahnya, kerja pemadaman masih dijalankan dengan bantuan anggota dari BBP Jalan Perak dan Bayan Baru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya