Mayat wanita dipercayai mangsa dibunuh ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat wanita dipercayai mangsa dibunuh ditemukan

ORANG ramai berkumpul berhampiran kawasan penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai mangsa bunuh di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Misteri kehilangan penjual tauhu bakar terjawab dengan penemuan mayat wanita berusia 40-an yang dipercayai mangsa bunuh di dalam semak berdekatan kawasan perumahan di Yong Peng, di sini hari ini.

Mayat wanita dikenali sebagai Ijah itu ditemukan antara Taman Seri Aman iaitu terletak selatan bandar Yong Peng.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mayat wanita itu ditemukan penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

Katanya, sepasukan polis ditugaskan ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan K9 daripada Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan.

“Kes mempunyai unsur-unsur jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial seorang wanita yang dilaporkan hilang bersama motosikal jenis Yamaha Ego miliknya selepas selesai pulang berniaga tauhu bakar kira-kira pukul 8.30 malam di Yong Peng. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya