Maritim Malaysia P. Pinang rampas 11 bubu naga - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia P. Pinang rampas 11 bubu naga

SEBANYAK 11 set bubu naga yang diharamkan penggunaannya dirampas Maritim Malaysia sepanjang tiga hari rondaan Op Benteng Laut bermula 15 November lalu di Pulau Gedong, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri merampas sebanyak 11 set bubu naga di perairan Pulau Gedong, dekat sini sepanjang tiga hari rondaan Op Benteng Laut bermula Ahad lalu.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya mengesan beberapa pelampung serta pancang bertanda yang mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin sebelum mendapati ia bubu naga.

Ujar beliau, kesemua set bubu naga itu dirampas mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban dekat sini untuk siasatan lanjut.

“Di bawah seksyen itu, menangkap ikan dengan cara menggunakan atau mengendalikan peralatan menangkap ikan bubu naga tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau, Maritim Malaysia memandang serius kesalahan itu kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan negara.

Ini kerana, jelas beliau, bubu naga adalah peralatan yang tidak selektif selain memerangkap anak ikan komersial sekali gus mengakibatkan kesan buruk kepada sumber laut dan nelayan pantai.

Malah, ujarnya, penggunaan bubu naga juga telah diharamkan oleh Jabatan Perikanan mulai 1 November 2018.

Dalam masa sama, beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya