Main air atas jalan raya dilanda banjir - Utusan Malaysia

Main air atas jalan raya dilanda banjir

SEBUAH keluarga bermain air dan mencuci kereta di Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak yang dinaik air di Bagan Serai semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Laluan di Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak yang dinaiki air berikutan banjir, menjadi tumpuan ramai apabila ada yang bermain air dan mencuci kereta.

Bagi E.Rajendran, 52, dia dan ahli keluarganya termasuk cucunya datang ke laluan tersebut untuk bermain air di situ.

Katanya, begitu pun dia tetap menjaga keselamatan mereka.

“Apabila saya tahu jalan ini sudah dinaiki air, saya datang ke sini bersama anak dan cucu untuk bermain air.

“Saya tetap memastikan keselamatan mereka. Mereka hanya main air di atas jalan raya yang dinaiki air,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Yusri Ibrahim,38, datang bersama isteri dan anaknya untuk bermain air banjir sambil mencuci keretanya.

“Saya ke sini untuk mencuci kereta, sambil itu anak-anak bermain air percuma namun itu tidak bermakna saya mengabaikan keselamatan mereka,” katanya.– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya