Macau Scam: Tahan 912 warga tempatan, 81 warga asing   - Utusan Malaysia

Macau Scam: Tahan 912 warga tempatan, 81 warga asing  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai  993 individu yang terlibat dengan jenayah Macau Scam ditahan sejak Januari hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 912 membabitkan warga tempatan manakala 81 lagi warga asing.

“Seramai 605 orang telah dituduh di mahkamah dan kita belum ada maklumat tentang data Macau Scam yang ada di luar negara.

“Selain itu, KDN  masih mengkaji secara terperinci berhubung faktor umur antara sasaran sindiket dan ia akan menjadi perhatian pihak kementerian,” kata beliau  menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN – Kimanis) ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Tambah Jonathan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama erat dengan beberapa pihak khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membanteras sindiket berkenaan.

“Selain itu, kerjasama antara agensi berkaitan seperti institusi perbankan, syarikat telekomunikasi telah dibuat bagi menerusi penubuhan jawatan kuasa teknikal bagi memastikan jenayah itu dapat dikawal,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya