Lima Geng 36 Selayang diburu - Utusan Malaysia

Lima Geng 36 Selayang diburu

ARIFAI Tarawe (dua dari kiri) menunjukkan lima gambar Geng 36 Selayang yang disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk kes bunuh di sekitar Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 36 Selayang’ susulan tertangkapnya ketua geng itu yang dikenali sebagai Malik.

Kumpulan dipercayai aktif sejak 2017 itu bukan saja ‘menjaga’ kawasan malah disyaki terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar daerah Gombak termasuk kes bunuh.

Kegiatan tersebut terbongkar susulan penahanan 16 ahli kumpulan termasuk dua beradik Malik menerusi beberapa serbuan di Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Assisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menahan dalang utama utama berusia 30-an di sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya dekat sini pada 31 Oktober lalu.

Jelasnya, dalam serbuan itu, polis menemukan sepucuk pistol revolver .38 yang disyaki digunakan dalam beberapa kes jenayah yang didalanginya selama ini termasuk satu kes bunuh di Batu Caves pada Julai tahun lalu.

“Semakan lanjut mendapati Malik mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk tujuh rekod dikehendaki polis.

“Suspek kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Arifai, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 326 KK, Seksyen 506 KK dan Seksyen 435 KK.

Dalam perkembangan sama, jelasnya, sebanyak 16 ahli geng yang ditahan sebelum ini turut ditahan di bawah POCA dan tujuh daripadanya sudah dituduh di mahkamah.

“Lima lagi ahli geng itu yang masih bebas dikenali TS Mugeelan, 29; V Ganegeshwaran, 27; M Jayenthiran, 25; G Navinthiran Ganasan, 25; dan R Prem Ganesh, 27, yang semuanya berasal dari daerah ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat IPD Gombak, Asisten Superintendan Mohammad Fairus Baharom di talian 013-2885449 atau 03-61262222.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN