BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 56 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Nibong Tebal, dekat sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.18 pagi.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita menemukan motosikal dan barangan dipercayai milik mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, komander operasi mengarahkan anggota membuat pencarian di sekitar lokasi kejadian.
Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal. – UTUSAN ONLINE