Lelaki 42 tahun direman bantu siasatan kes bunuh penjual tauhu bakar - Utusan Malaysia

Lelaki 42 tahun direman bantu siasatan kes bunuh penjual tauhu bakar

LELAKI berusia 42 tahun (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor hari ini bagi mendapatkan perintah tahan reman berhubung kes bunuh seorang penjual tauhu bakar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang penjual tauhu bakar di sini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek warga tempatan itu dikeluarkan Majistret Nurul ‘Izzati Mohamad di Mahkamah Majistret di sini.

Penahanan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba dengan kemeja-T berwarna biru dan berseluar pendek putih dengan menaiki trak polis di pekarangan mahkamah pada pukul 8.15 pagi.

Semalam, polis menemukan satu mayat dipercayai wanita yang dikenali sebagai Ijah di satu kawasan perumahan di sini.

Berita kehilangan penjual tauhu bakar itu tular dalam laman media sosial selepas wanita tersebut tidak pulang ke rumah setelah selesai berniaga di pekan Yong Peng, di sini seperti mana kebiasaannya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mayat wanita itu ditemukan penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada 8 pagi semalam sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Katanya, sepasukan polis ditugaskan ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN