Kempunan nombor plat XX61, rugi RM14,800 - Utusan Malaysia

Kempunan nombor plat XX61, rugi RM14,800

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Keterujaan seorang pekerja swasta untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan istimewa XX61 berakhir dengan kerugian sebanyak RM14,800 selepas ditipu sindiket dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket menjual nombor plat yang dipercayai tidak wujud.

Katanya, mangsa terpedaya dengan sindiket itu selepas melihat iklan ketika melayari laman sosial Facebook, baru-baru ini.

“Dia melihat iklan oleh sebuah syarikat yang menawarkan penjualan pelbagai nombor pendaftaran kenderaan pada Oktober lalu.

“Mangsa yang tertarik dengan nombor plat XX 61 terus menghubungi syarikat tersebut untuk membelinya dan bercakap dengan seorang ejen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa dan ejen itu bagaimanapun tidak pernah bertemu dengan hanya berhubung melalui telefon sepanjang urusan tersebut berjalan.

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata ejen itu membuat bayaran sebanyak tiga kali ke dalam tiga akaun bank berjumlah RM14,800 dalam tempoh sebulan.

“Dia dimaklumkan bahawa akaun-akaun tersebut adalah milik ‘runner’ syarikat yang menguruskan pembelian nombor ditempah mangsa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu bagaimanapun menyedari ditipu selepas ejen terbabit gagal dihubungi sebelum membuat laporan polis semalam.

Menurutnya, siasatan juga mendapati nombor plat XX61 itu sudah didaftarkan di atas nama pemilik lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya