KDNK suku ketiga -2.7 peratus - Utusan Malaysia

KDNK suku ketiga -2.7 peratus

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun masih menguncup, ekonomi Malaysia melonjak dengan ketara pada suku ketiga apabila mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar -2.7 peratus.

Ia penyusutan yang lebih perlahan berbanding penyusutan ketara 17.1 peratus pada suku kedua tahun ini.

Pencapai itu juga lebih baik berbanding jangkaan kebanyakan penganalisis ekonomi yang meramalkan KDNK suku ketiga menguncup melebih paras tiga peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi sektor pembuatan yang bertumbuh 3.3 peratus berbanding penurunan 18.3 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Prestasi memberangsangkan juga disumbang oleh industri berorientasikan eksport yang menokok lima peratus suku tahun ini (berbanding -13.5 peratus suku tahun sebelumnya) ditunjukkan oleh prestasi eksport keseluruhan pada bulan September yang merekodkan pertumbuhan positif dua digit,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga secara dalam talian hari ini.

Turut hadir dalam pembentangan itu ialah Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

Prestasi ekonomi yang semakin baik turut disumbangkan sektor-sektor lain yang mencatat pertumbuhan negatif lebih baik berbanding suku sebelumnya.

Sementara itu, Mohd. Uzir turut membentangkan prestasi ekonomi pada suku ketiga secara bulanan bagi menunjukkan gambaran lebih tepat tentang situasi ekonomi negara.

Menurut beliau, KDNK pada Julai menunjukkan penurunan sederhana 2.7 peratus manakala Ogos menyusut lebih ketara pada 3.6 peratus sementara September bertambah baik kepada negatif lebih kecil, iaitu 1.6 peratus.

“Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK melonjak 18.2 peratus (suku tahun kedua: -16.5 peratus),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya