Kampung Kempas Baru JB dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Kampung Kempas Baru JB dilanda banjir kilat

BEBERAPA penduduk Kampung Kempas Baru di Johor Bahru dipindahkan sementara setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat. - IHSAN BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hujan lebat dalam tempoh yang singkat menyebabkan Kampung Kempas Baru dilanda banjir kilat dalam satu kejadian, di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan 13 penduduk termasuk 11 kanak-kanak dipindahkan anggota bomba ke kawasan selamat apabila kediaman mereka di Jalan Permatang Utama dinaiki air akibat hujan lebat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Kamaruzzaman Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 4.16 petang.

Katanya, lima anggota beserta sebuah jentera ditugaskan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa terjejas.

“Ketika di lokasi, didapati beberapa rumah di kawasan berkenaan dinaiki air pada paras kedalaman tiga kaki setelah hujan selama kira-kira satu jam bermula pukul 2.30 petang.

“Sehubungan itu, anggota bertindak menyelamatkan 13 mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan dan dua wanita dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam, polis serta penduduk kampung dalam operasi berkenaan.

“Mangsa yang diselamatkan ditempat sementara di Balai Raya Jalan Permatang sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada pukul 5.30 petang setelah air banjir surut.

“Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 5.40 petang setelah anggota memastikan keadaan benar-benar selamat,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya