Kakitangan Pejabat Penerangan Kemaman maut bertembung lori - Utusan Malaysia

Kakitangan Pejabat Penerangan Kemaman maut bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kakitangan Pejabat Penerangan Kemaman maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit di Kilometer 15, Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh berhampiran Bukit Jemalang, di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Zoraimi Izam, 48, yang bertugas sebagai juruaudio visual meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang menunggang Kawasaki Z800 dikatakan menyertai konvoi bermotosikal bersama beberapa rakannya dari arah Mak Lagam ke Cheneh sebelum bertembung dengan lori tersebut.

“Mangsa yang terpisah daripada kumpulan konvoi itu difahamkan hilang kawalan sewaktu melalui selekoh hingga memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan lori Isuzu NKS58.

“Akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kiri manakala kedua-dua kenderaan terbakar,” katanya.

Sepasukan 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai yang tiba ke lokasi kejadian memadam kebakaran membabitkan motosikal dan lori itu.

Hanyan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori yang cedera ringan turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya