Kakitangan awam Pahang dapat bantuan khas RM1,000 - Utusan Malaysia

Kakitangan awam Pahang dapat bantuan khas RM1,000

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan khas kewangan RM1,000 kepada kesemua kakitangan kerajaan tanpa pengecualian gred membabitkan peruntukan RM8 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian itu dibuat kerana setiap inci kejayaan yang dikecapi kerajaan negeri adalah hasil usaha padu semua kakitangan kerajaan.

Katanya, seramai 8,000 penjawat awam menerima manfaat tersebut dan pembayaran dibuat sebelum 16 Januari 2021.

“Bantuan khas ini bertambah berbanding tahun lalu yang berjumlah RM750. Insya-Allah, pada tahun yang mendatang sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kerajaan negeri memberikan bantuan lebih lagi. Dalam bahasa mudahnya ‘bagi tetap bagi, sikit banyak cerita lain’,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2021 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

Jelasnya, sebanyak RM300 bayaran secara one-off diberikan kepada 2,978 guru yang terlibat.

“Jumlah peruntukan bantuan khas kewangan ini adalah sebanyak RM893,400,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN