Jiran gembirakan warga emas sambut Deepavali - Utusan Malaysia

Jiran gembirakan warga emas sambut Deepavali

P. Vannakavi (dua dari kiri) dikunjungi jiran pelbagai kaum lain yang mahu membantunya membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Suasana sambutan Deepavali tahun ini suram buat seorang wanita warga emas, P. Vannakavi, 70, di Kampung Bahagia di sini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain tidak boleh keluar daerah untuk mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakannya, suami Vannakavi yang bekerja di Singapura juga tidak dapat pulang kerana sempadan negara belum dibuka.

Namun, Vannakavi tidak sedih atau sunyi kerana menjelang Deepavali Sabtu ini, dia boleh beraya dengan jirannya yang pelbagai kaum.

“Saya tinggal bersama anak, cucu dan ipar di sini. Sudah jadi kebiasaan saya dan jiran-jiran saling menghormati.

“Sambutan Deepavali tahun ini tetap meriah walaupun PKPB kerana jiran-jiran saya biasanya turut gembira setiap kali ada perayaan. Perpaduan menjadi asas hubungan baik pelbagai kaum di kampung ini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, jiran Vannakavi, Zamanhuri Chu, 70, berkata, dia tinggal berdekatan dengan wanita itu sejak 40 tahun lalu.

Dia menganggap Vannakavi sebagai sebahagian keluarganya dan membantunya jika memerlukan pertolongan.

“Walaupun berlainan bangsa dan agama, biasanya kami di sini bersama-sama memeriahkan sambutan perayaan kaum-kaum lain,” katanya.

Seorang lagi jiran, Loh lee koon, 57, berkata, sambutan perayaan setiap kaum sentiasa ceria di kawasan kejiranannya.

“Jiran-jiran ikut serta memeriahkan sambutan perayaan tanpa mengira raya kaum apa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya