Jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan

Jenazah Siti Nor Sorya Ismail dibawa turun dari rumahnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JKUALA TERENGGANU: Jenazah Siti Nor Surya Ismail, 19, yang mati dibunuh di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong di Hulu Terengganu semalam, selamat dikebumikan kira-kira pukul 8 malam ini. 

Jenazah anak kelima daripada tujuh beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat di sini. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiba di rumah keluarganya di Kampung Beladau Selat kira-kira pukul 6.30 petang sebelum dibawa ke masjid kampung itu untuk disembahyangkan selepas Solat Maghrib. 

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, Siti Nor Surya ditemui mati tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di samping kesan kecederaan lain di muka dan badan. 

Polis kemudian menahan rakan perempuannya yang berusia 19 tahun  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Muda, 58, berharap kematian anaknya mendapat pembelaan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN