Jangan paksa UMNO terima Bersatu - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

Jangan paksa UMNO terima Bersatu – Khaled Nordin

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO berharap Pas memahami kedudukannya dengan tidak memaksa untuk menerima parti serpihannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menjelaskan perkara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ini kerana parti itu bukan berfungsi memberi ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan jenteranya.

“Hanya jauhari yang mengenal manikam,” katanya bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa pada 19 November lalu.

Annuar dalam kenyataan itu dilaporkan berkata, Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Bersatu.

Katanya lagi, Pas bertegas UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan.

Tambah Khaled, UMNO menghargai setiakawan bersama Pas kerana kerjasama antara kedua-dua parti itu banyak memberikan kebaikan kepada politik Melayu-Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas pasti sedar UMNO akan bertembung dengan Bersatu di beberapa kerusi pilihan raya.

“Apa jua rundingan dengan Bersatu adalah untuk UMNO lakukan terus dengan Perikatan Nasional (PN) melalui Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam masa sama, katanya, UMNO tidak menghalang Pas menyertai PN walaupun gabungan itu dipimpin Bersatu kerana partinya memahami dan menghormati kedudukan Pas.

“Maka demikian juga yang UMNO harapkan daripada Pas tentang hubungan UMNO dengan Bersatu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya