Jabatan kesihatan sediakan pusat kuarantin risiko rendah di penjara Seremban - Utusan Malaysia

Jabatan kesihatan sediakan pusat kuarantin risiko rendah di penjara Seremban

PKPD akan dilaksanakan di Penjara Seremban dan kuarters penjara itu bermula esok sehingga 7 Disember.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) akan menyediakan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) di dalam Penjara Seremban bagi Kluster Bakti dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Negeri Sembilan sedang mengambil langkah terbaik dalam menangani Kluster Bakti berkenaan.

Menurutnya, saringan juga sedang giat dilaksanakan sejajar dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Seremban dan kuarters penjara itu, bermula esok hingga 7 Disember depan.

“Semalam, sebanyak 16 kes telah dikesan dari Kluster Bakti ini diikuti 12 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan terkini dari kluster ini sahaja sebanyak 28 kes.

“Secara keseluruhannya, tambahan 41 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) JKNNS menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,985 kes,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Veerapan berkata, daripada jumlah tersebut, 3,225 kes telah sembuh dan discaj, 752 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.

“Sebanyak 1,327 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari Kluster Cergas, 547 kes dari Kluster Kaya, 266 kes dari Kluster Lengkuk, 61 kes dari Kluster Taman Bunga, 40 kes dari Kluster Jernih, 28 kes dari Kluster Bakti dan 21 kes dari Kluster Oad.

PKPD Penjara Seremban meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 orang penghuni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya