Individu masuk Kelantan dipakai gelang hijau - Utusan Malaysia

Individu masuk Kelantan dipakai gelang hijau

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua individu yang masuk ke Kelantan dengan tujuan khas seperti pegawai-pegawai kerajaan yang ada urusan rasmi akan dipakaikan gelang hijau bagi tujuan pengawasan Covid-19.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, peraturan terbaharu itu berkuat kuasa semalam dan ia diperkenalkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri.

Tegas beliau, gelang hijau pengawasan perlu dipakai kumpulan terbabit sepanjang mereka berada di negeri ini dengan golongan orang kenamaan juga tidak terkecuali daripada dipakaikannya.

“Gelang pengawasan  hijau bagi pegawai-pegawai atau golongan VIP yang masuk ke negeri ini atas tujuan rasmi dipakaikan di sekatan pintu-pintu masuk utama negeri serta di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

“Jika surat kebenaran merentas negeri untuk bermesyuarat, individu itu hanya dibenarkan untuk ke lokasi mesyuarat dan sebaik urusan rasmi selesai dan mahu pulang, barulah gelang itu digunting. 

“Mereka tidak perlu menjalani kuarantin jika tiada simptom,” katanya selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Sebelum ini, gelang berwarna merah jambu dipakaikan kepada individu dari zon merah yang masuk ke negeri ini atas tujuan umum dan mereka perlu dikuarantin 14 hari selepas melakukan ujian saringan Covid-19.

Dr. Izani menegaskan, peraturan itu masih dikuatkuasakan dan jika pemakai gelang merah jambu didapati keluar ke tempat awam, mereka akan didenda RM1,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya