Hoo Chang Hook OCPD Jempol baharu - Utusan Malaysia

Hoo Chang Hook OCPD Jempol baharu

HOO Chang Hook (kanan) menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Jempol daripada Mohd. Hafiz Muhammad Nor pada Majlis Penyerahan Serah Terima Tugas di Dewan IPD Jempol, Negeri Sembilan sambil disaksikan Mohamad Mat Yusop (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Superintenden Sekretariat Tetap Polis ASEAN (ASEANAPOL), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Superintenden Hoo Chang Hook dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jempol berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau menggantikan Mohd. Khairiel Mohd Arif yang dinaikkan pangkat daripada Superintenden kepada Asisten Komisioner dan kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang.

Majlis Penyerahan Serah Terima Tugas berlangsung hari ini di Dewan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Chang Hook menerima tugas itu daripada Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor yang sebelum ini memangku tugas berkenaan dan disaksikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Dalam Majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Jempol di antara Noorain Khairudin dengan Han Yei Lieng. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya