Golden Pharos terima Anugerah CSR, Laporan Kelestarian Terbaik  - Utusan Malaysia

Golden Pharos terima Anugerah CSR, Laporan Kelestarian Terbaik 

LEE Seng Chee menyampaikan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat dan Laporan Kelestarian Terbaik kepada Nadza Abdul di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad (GPB) memenangi anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Laporan Kelestarian Terbaik anjuran CSR Malaysia baru-baru ini.

Kejayaan yang diraih bagi kategori pembalakan dan kilang papan itu membolehkan GPB berdiri setanding dengan syarikat terkemuka negara seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd., Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. di samping Bank Rakyat.

Anugerah disampaikan oleh Pengarang Urusan dan Pengerusi Bersama CSR Malaysia, Lee Seng Chee kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Datuk Nadza Abdul dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Nadza berkata, pengiktirafan itu merupakan satu lagi kejayaan buat Kumpulan apabila berjaya terpilih dan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi lain.

“Kemenangan ini menjadi mercu tanda buat GPB untuk terus menjalankan program CSR selari dengan polisi syarikat yang turut menekankan aspek kelestarian alam semula jadi.

“Penganugerahan Laporan Kelestarian 2019 terbaik ini sekali gus membuktikan komitmen kita dalam memelihara alam semulajadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

GPB pernah melakar sejarah tercalon sebagai syarikat ketiga terbaik dalam Laporan Kelestarian di seluruh Asia 2019 bersama-sama dengan syarikat Sunway Construction Group Bhd., Singapore Exchange Limit dan New World Development Company Limited dari Hong Kong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya