Gangguan bekalan air, Sungai Selangor tercemar lagi - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air, Sungai Selangor tercemar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai enam juta penduduk merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam,Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air bermula 6 petang ini.

Gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,139,008 akaun berpunca daripada pencemaran bekalan air mentah di Sungai Selangor.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, gangguan berlaku berpunca pencemaran bau seakan pelarut dikesan di Sungai Selangor dan empat Loji Rawatan Air (LRA) telah dihenti tugas iaitu pada pukul 12.45 tengah hari.

“Sehingga pukul 2.30 petang, pencemaran di muka sauk loji rawatan air (LRA) Rantau pankng adalah pada 8 ton dan 4 ton,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ia adalah usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran di sungai sedang dijalankan.

“Sebanyak 300 juta liter di empangan Sungai Selangor dan 500 juta liter di empangan Sungai Tinggi dilepaskan.

“Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter dengan tujuan yang sama,” katanya.

Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN