Fitnah PM: Bersatu Tanah Merah lapor polis - Utusan Malaysia

Fitnah PM: Bersatu Tanah Merah lapor polis

Bahari Mohamed Nor menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah Perdana Menteri di Tanah Merah, hari ini. -FOTO BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanah Merah membuat laporan polis berhubung penyiaran sebuah artikel oleh portal berita yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, kira-kira pukul 11 pagi ini oleh Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamed Nor.

Bahari berkata, artikel dimaksudkan bertajuk ‘Saman Agong Satu Tragedi Negara’ disiarkan portal terbabit pada 7 November lalu.

“Dalam artikel itu, penulis bernama Rayusa mendakwa peguam yang memfailkan saman kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober lalu sebenarnya adalah ‘orang’ Muhyiddin sendiri. 

“Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali dan merupakan usaha untuk mengundang rasa marah rakyat kepada Perdana Menteri serta kepada parti Bersatu.

“Penulisan artikel yang berunsurkan fitnah itu bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah Perdana Menteri secara khusus dan parti Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut di sini hari ini.

Dakwa Bahari yang juga Ketua Bersatu Tanah Merah, tulisan Rayusa bukan sahaja disiarkan di portal terbabit, malah dia turut bangga berkongsi artikel itu di akaun Facebook miliknya.

Beliau berharap perbuatan Rayusa disiasat  di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan juga Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya