Empat kenderaan kemalangan lori muatan batu berundur - Utusan Malaysia

Empat kenderaan kemalangan lori muatan batu berundur

LORI dan kereta yang terlibat dalam kejadian kemalangan berpunca sebuah lori muatan batu yang berundur di Kilometer 38 Jalan Temerloh-Bahau di Bera, Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Dua pemandu kereta dan seorang pemandu lori berdepan detik mencemaskan selepas lori membawa muatan batu yang melalui jalan berbukit berundur menyebabkan kemalangan empat buah kenderaan di Kilometer 38 Jalan Temerloh-Bahau, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku selepas lori berkenaan berundur dan melanggar tiga buah kenderaan termasuk sebuah kereta dipandu seorang wanita.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian berkenaan, lori yang membawa muatan batu tersebut dalam perjalanan dari arah Bahau ke Temerloh.

“Apabila sampai di tempat kejadian. lori tersebut tidak lepas mendaki bukit lalu berundur dan melanggar sebuah kereta sebelum kenderaan berkenaan berpusing ke belakang.

“Selepas itu, lori membawa muatan batu berkenaan meluncur ke belakang lalu terlanggar sebuah lagi lori menyebabkannya teranjak ke belakang dan melanggar sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mansor, semua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori membawa muatan batu.

Sementara itu, beliau berkata, dalam kes berasingan semalam sebuah lori membawa muatan baja terbalik melintang jalan di tempat sama menyebabkan lalu lintas kedua-dua arah terhalang.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

“Berdasarkan siasatan apabila tiba di Kilometer 38 Jalan Temerloh-Bahau tiba-tiba mopam pin treler patah menyebabkan pemandu lori gagal mengawal lorinya yang terbalik melintang jalan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya