Dana RM10 juta 'pancing' dimanfaat, bantu golongan muda terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

Dana RM10 juta ‘pancing’ dimanfaat, bantu golongan muda terjejas Covid-19

WAN EMRIL NIZAM WAN EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dana khas RM10 juta sebagai bantuan awal perniagaan seperti diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2021 Isnin lalu, mampu membantu golongan muda yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) mengesyorkan agar pengagihan dan pelaksanaannya dipantau oleh Jawatankuasa Tindakan Pelaksana yang turut melibatkan wakil daripada Majlis Belia di daerah-daerah.

Presiden MBNP, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, peruntukan itu ibarat ‘pancing’ seperti pembiayaan kredit mikro yang boleh dimanfaatkan golongan muda terutama dalam bidang ekonomi digital, perniagaan gig dan termasuk kemahiran reskilling serta upskilling dalam perniagaan.

“Ini selaras dengan dasar pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memudahkan individu ingin menjalankan perniagaan seperti diumumkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan diperluas ke daerah-daerah lain.

“Ini jelas membuktikan kerajaan negeri konsisten membela dan membantu pembangunan kapasiti anak muda yang dibelenggu dengan masalah pengangguran serta terkesan dengan kehilangan sumber pekerjaan mutakhir ini, bersandarkan kepada keupayaan ekonomi negeri yang terus berkembang dan dasar fiskal yang lebih positif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy ketika membentagkan Belanjawan Negeri 2021 memaklumkan, dana khas berjumlah RM10 juta tersebut boleh dijadikan bantuan awal dan pengembangan perniagaan khusus untuk golongan muda di negeri ini.

Wan Emril Nizam berkata, MBNP menyifatkan Belanjawan Negeri 2021 inklusif, bersasar dan menyentuh denyut nadi anak muda merangkumi dana pengupayaan, perumahan, pertanian serta pembangunan sosioekonomi.

“Kita juga melahirkan rasa syukur dan bertuah apabila menerima peruntukan khas untuk pembangunan belia berjumlah RM470,000.

“Peruntukan ini julung kalinya diumumkan oleh Menteri Besar dalam pembentangan Bajet Negeri walaupun sebelum ini peruntukan yang seumpamanya diluluskan kepada pertubuhan belia negeri untuk menggerakkan aktiviti dan program tetapi tidak dizahirkan dalam peruntukan belanjawan secara khususnya,” katanya.

Jelasnya, ia membolehkan pertubuhan belia yang merangkumi 26 persatuan berdaftar dan bergabung di bawah MBNP dapat merancang program secara komprehensif serta berstruktur mengikut dana yang diperuntukkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya