Cadangan keluar akaun satu KWSP rasional  - Utusan Malaysia

Cadangan keluar akaun satu KWSP rasional 

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Cadangan pengeluaran sebahagian wang akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  rasional ketika masyarakat sedang berdepan tekanan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan tetapi ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya.

Menurut beliau, langkah tersebut mampu meringankan beban rakyat yang perlu membuat pembayaran bulanan serta keperluan lain.

“Mungkin pengeluaran boleh dibuat secara bulanan agar wang berkenaan tidak disalahgunakan,” kata beliau selepas menyertai Program Santuni Rakyat di sini hari ini.

Cadangan pengeluaran RM10,000 daripada akaun 1  KWSP diutarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  cadangan tersebut sukar dipertimbangkan dengan alasan ia bertujuan sebagai simpanan hari tua.

Mazlan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor  berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan bagi mengelakkan masalah lain di kemudian hari.

“Wang ini boleh digunakan membayar ansuran rumah atau kereta, kerana ketika ini ada yang berdepan masalah membayar sewa dan ansuran bulanan.

“Kita tidak mahu timbul masalah seperti rakyat menjadi gelandangan pula,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya