Bunuh bapa, penganggur direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Bunuh bapa, penganggur direman tujuh hari

SEORANG penganggur ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bapanya. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang pengangur ditahan reman tujuh hari bagi membantu kes siasatan bunuh bapanya di Rumah Rakyat Simpang Pertang, dekat sini, semalam.

Perintah reman sehingga 25 November itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu hari ini selepas polis membuat permohonan pagi ini.

Semalam, media melaporkan gara-gara ditegur leka bermain telefon bimbit, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Simpang Pertang dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek berusia 35 tahun di bahagian depan dan belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, bedah siasatdijalankan hari ini di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Menurutnya, punca kematian dan jumlah tikaman hanya diketahui selepas bedah siasat selesai dijalankan.

//habis

SEORANG penganggur ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bapanya. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya