Buaya sesat masuk kampung - Utusan Malaysia

Buaya sesat masuk kampung

ANGGOTA Bomba Segamat menunjukkan seekor buaya yang ditangkap di Kampung Berata, Segamat, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seekor buaya dipercayai sesat ditemukan berkeliaran di pekarangan salah seorang rumah penduduk Kampung Berata, di sini hari ini.

Dipercayai besar buaya itu datang dari lombong tinggal berhampiran kampung berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hazim Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.49 pagi mengenai kehadiran haiwan tersebut di salah sebuah pekarangan rumah di kampung itu.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, pihaknya melihat seekor buaya berukuran kira-kira tiga meter panjang yang berada di tepi rumah.

“Tiga jentera dengan kekuatan 10 anggota ditugaskan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan.

“Operasi menangkap buaya berjaya dilakukan dengan selamat dan haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hazim, kejadian itu adalah sejarah dalam pasukan BBP Segamat sejak 1956 kerana pertama kali menangkap buaya di daerah ini.

Operasi ditamatkan pada pukul 7.40 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN