Berlapang dada UMNO tidak ditandingi di Gerik - Utusan Malaysia

Berlapang dada UMNO tidak ditandingi di Gerik

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO Perak menerima baik gesaan agar Barisan Nasional (BN) tidak ditandingi jika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik diadakan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, PRK Parlimen Gerik jika diadakan tidak mengubah kedudukan kerajaan.

Katanya, berikutan itu adalah lebih baik jika semua parti berlapang dada menerima BN sebagai calon tunggal dalam PRK Gerik.

“Jika BN tidak ditandingi, kita tidak perlu bertungkus lumus berkempen yang akan menjadi punca Covid-19 merebak.

“Maknanya hanya satu calon dikemukakan iaitu darpadai BN. Ini sudah pasti disokong oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN),,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Saarani, semua pihak bagaimanapun akur tidak boleh menghalang jika PRK mahu diadakan kerana ia termaktub dalam akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, UMNO tiada masalah jika PRK diadakan sebaliknya sudah bersedia di semua peringkat.

Kata beliau, namun UMNO berharap semua parti memberikan laluan untuk BN mengekalkan kerusi Parlimen Gerik bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

“Walaupun kita sebuah negara demokrasi tapi apa makna demokrasi kalau kita semua mendapat musibah (Covid-19) disebabkan pilihan raya,” katanya.

Semalam, susulan kematian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada UMNO.

Menurut Guan Eng, ini bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa kempen PRK. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya