Berjasa terbuka bentuk gabungan politik besar - Utusan Malaysia

Berjasa terbuka bentuk gabungan politik besar

BADHRULHISHAM ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Jemaah Islam Se-Malaysia (Berjasa) terbuka membentuk gabungan parti-parti politik yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (PH) asalkan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Presidennya, Datuk Seri Badhrulhisham Abdul Aziz bagaimanapun berkata, semua parti politik yang dilihat sealiran harus meletakkan prinsip dan integriti sebagai keutamaan dan bukannya atas kepentingan peribadi serta agenda politik masing-masing.

“Saya berharap cadangan ini bukannya dilaksanakan dalam keadaan terdesak. Ia mestilah ikhlas dan jujur dalam apa juga situasi sama ada di atas kertas atau dari segi pelaksanaannya.

“Contohnya, calon-calon yang dipilih untuk bertan­ding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mestilah berintegriti, berwibawa, muda dan bersih yang benar-benar berjuang untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan pembentukan gabungan politik besar membabitkan parti-parti bersefahaman sekurang-kurangnya 12 hingga 13 parti politik.

Beliau berkata, muafakat besar itu melibatkan BN, Perikatan Nasional (PN) termasuk anggota Muafakat Nasional (MN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Pejuang Ta­nah Air (Pejuang), Parti Muda yang diasaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Berjasa, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Badhrulhisham berkata, walaupun gabungan politik berskala besar terbentuk de­ngan meletakkan pemimpin bermasalah menerajui negara, rakyat akan menolaknya pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya siapa yang layak menjadi perdana menteri melihat kepada jumlah parti yang terlalu banyak sehingga malah ada parti yang ingin menjadi dominan, beliau berkata, perlu ada satu formula yang mampu memuaskan semua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya