'Berdamai' waktu krisis - Dr. M - Utusan Malaysia

‘Berdamai’ waktu krisis – Dr. M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Semua pihak perlu menghentikan politik kepartian dalam tempoh negara berdepan krisis penularan pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya tumpuan politik nasional perlu diberikan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara dapat dipertingkatkan.

Katanya, parti politik di negara ini perlu melihat pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang berusaha menarik parti lawan menyertai kerajaan.

“Saya dah cadang dulu masa krisis ini masa masalah timpa negara berat, jadi kita perlu kurangkan politik berparti dan tumpu politik nasional.

“Saya tertarik waktu kita adakan darurat ketika zaman Tun Abdul Razak. Dia usaha tarik parti lawan sertai kerajaan. Demikian juga di United Kingdom umpamanya. Di waktu perang Parti Konservatif sanggup bekerjasama dengan Parti Buruh supaya tumpuan diberi kepada mengatasi masalah peperangan dan bukan kerana parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya