Antara kesan wabak Covid-19, selain dari menyebabkan krisis kesihatan, adalah tekanan kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan telah berkurangan dengan mendadak. Ada perniagaan-perniagaan terpaksa mengurangkan keupayaan operasi dan yang lebih serius, ada juga yang terpaksa ditutup. Ramai dalam kalangan masyarakat, terutamanya yang bekerja makan gaji, telah dipotong gaji dan lebih menyedihkan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Bagi meringankan beban kewangan mereka yang terkesan ini, pihak industri perbankan, atas nasihat dan sokongan pihak kerajaan serta Bank Negara Malaysia (BNM), dengan segera memutuskan untuk melaksanakan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran untuk pinjaman konvensional…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya