Belanjawan 2021 boleh dipinda – Pensyarah - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021 boleh dipinda – Pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 dianggap sebagai tersasar kerana dilihat banyak memberi peruntukan kepada sektor yang tidak penting walaupun ia merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah berikutan penularan pandemik Covid-19.

Namun, penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Awang Pawi berkata, jika perlu, pindaan boleh dilakukan dalam Bajet 2021 demi ketelusan yang menyeluruh demi memastikan pelaksanaan lebih baik untuk rakyat.

“Perikatan Nasional (PN) dilihat terlalu tersasar dan tidak peka keadaan ekonomi dunia yang semakin merosot,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Menurutnya, tindakan seperti tidak melanjutkan moratorium atau membenarkan pengeluaran one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyebabkan kekecewaan bagi pekerja.

Katanya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan keadaan pekerja dari seluruh aspek seperti pemotongan gaji, menerima gaji lewat, diberhentikan kerja dan kos hidup yang meningkat.

Awang Azman menambah, peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Belanjawan 2021 seolah-olah memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan dijalankan tidak lama lagi.

Tambah beliau, banyak peruntukan tertentu boleh ditangguh dan disa­lurkan ke peruntukan ke­sihatan awam.

“Sukar untuk mengatakan apakah anggaran ini benar-benar dimaksudkan untuk melawan penularan Covid-19 kerana saya melihat ia seolah-olah anggaran untuk pilihan raya.

“Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah kelangsungan hidup rakyat yang jelas terkesan dan sektor kesihatan bukannya bermain politik sahaja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya