Banjir : Aset bomba Terengganu bakal dilengkapi PPE - Utusan Malaysia

Banjir : Aset bomba Terengganu bakal dilengkapi PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dalam setiap asetnya sepanjang menggerakkan operasi menyelamat mangsa banjir.

Pengarahnya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, langkah berjaga-jaga itu selaras untuk mengelak penularan pandemik Covid-19 terutama semasa memindahkan penduduk yang terjejas bencana yang dijangka bermula tidak lama lagi.

“Kita menyediakan PPE lebih awal dalam setiap kenderaan penyelamat kerana khuatir terdapat kalangan mangsa banjir adalah individu dikuarantinkan kerana pandemik itu.

“Jika terdapat kes sebegini anggota bertugas akan memakai PPE ketika operasi menyelamat manakala mangsa akan turut diasingkan,” katanya kepada pemberita dalam Program Pengujian Peralatan dan Bot Bagi Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (Banjir), JBPM Terengganu di Jeti Feri Lama Losong, di sini.

Sementara itu, Md Hilman berkata, ujian yang dijalankan ke atas peralatan milik bomba negeri mendapati kesemuanya dalam keadaan baik dan bersiap sedia digunakan pada musim tengkujuh.

Katanya, selain seramai 835 anggota dan pegawai, pihaknya juga mendapat bantuan daripada 25 petugas dari Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang yang terlibat dalam operasi banjir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya