Anggota TUDM maut langgar lopak air - Utusan Malaysia

Anggota TUDM maut langgar lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Kuching, di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Husaini Mohd Nasir, 28, dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang dari Selayang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa melanggar lopak air di Jalan Kuching sebelum terbabas.

“Mangsa yang menunggang motosikal di lorong paling kiri terbabas ke lorong kanan sebelum digilis sebuah lori yang hanya menyedari kejadian itu selepas terasa seperti melanggar sesuatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkefly, pemandu lori tersebut kemudian turun dari lori untuk memeriksa kenderaannya dan terlihat mangsa sudah tertiarap di atas jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya