Afif nafi bakal dilantik KP Jasa baharu - Utusan Malaysia

Afif nafi bakal dilantik KP Jasa baharu

INFOGRAFIK yang tular sejak semalam kononnya Dr. Afif Bahardin akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa yang baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin menafikan khabar angin kononnya beliau akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang baharu.

“Palsu,” jawabnya ringkas menerusi satu mesej bergambar yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApps di sini hari ini.

Khabar angin itu dikatakan tular di beberapa portal berita serta laman sosial.

Afif sebelum ini dikenali sebagai antara orang kepercayaan kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Jasa dihidupkan semula dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 semalam.

Peruntukan yang disifatkan agak tinggi itu bagaimanapun menimbulkan polemik serta rasa tidak senang dalam kalangan rakyat serta sebilangan ahli Parlimen lain khususnya pembangkang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN