9 pelajar jadi pencuri motosikal  - Utusan Malaysia

9 pelajar jadi pencuri motosikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kecil-kecil sudah bergelar penjenayah.Demikianlah kisah sembilan pelajar  Geng Bing Garage yang aktif mencuri motosikal sekitar daerah ini ditahan  polis.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, semua suspek berusia 14 hingga 17 tahun dan mereka masih bersekolah di dua buah sekolah di sini.

Menurut beliau, ketua Geng Bing Garage berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Polis berjaya menahan  sembilan ahli kumpulan itu dalam lima tangkapan  bermula Sabtu lalu hingga semalam.

“Polis memburu empat lagi ahli Geng Bing Garage yang masih bebas,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Menurut beliau,  tangkapan kumpulan jenayah curi motosikal itu adalah yang terbesar di daerah ini pada tahun ini

Katanya, hasil tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 10 kes curi motosikal di sini. Geng Bing Garage sudah aktif sejak awal tahun ini.

Mulkiaman berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa lagi kes kecurian motosikal. 

“Polis  merampas tujuh rangka motosikal, dua buah motosikal dan dua set enjin motosikal daripada kumpulan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing kesemua suspek negatif dadah dan  mereka tiada rekod jenayah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya