869 kes baharu Covid-19 hari ini - Utusan Malaysia

869 kes baharu Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan walaupun masih mencatatkan tiga angka iaitu sebanyak 869 kes positif hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 ialah 42,050 dengan 11,446 adalah kes yang kasih aktif.

“Sabah mencatatkan sebanyak 397 kes atau 45.7 peratus daripada keseluruhan kes positif hari ini.

“Lembah Klang pula mencatatkan 258 kes, 28 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nood Hisham Abdullah pada sidang media di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN