KUALA LUMPUR: Kira-kira 68,000 pekerja pusat beli-belah di seluruh negara diramal hilang kerja sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan. Sejak pandemik Covid-19, jualan di pusat-pusat perniagaan yang beroperasi di dalam kompleks di seluruh negara hanya mencatatkan perolehan sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding kebiasaan sebelum ancaman pandemik. Lebih parah, pendapatan peniaga di kawasan terlibat PKPB terus merosot kepada 10 hingga 15 peratus sejak negara berdepan gelombang ketiga bermula Oktober lalu. Penurunan drastik jualan kerana kekurangan pengunjung selain semakin ramai rakyat hidup sukar kesan Covid-19. Bercakap kepada Utusan Malaysia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya