IPOH: Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di negeri ini kekal 377 orang di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, ia melibatkan 121 keluarga.
Menurutnya, PPS di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai paling ramai penduduk dipindahkan iaitu 168 orang daripada 69 keluarga.
Menurutnya, ini diikuti PPS di SK Changkat Lobak, Bagan Serai seramai 87 orang daripada 22 keluarga.
“Dua lagi PPS ialah di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (92) dan di SK Kayan, Manjung (30),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE