Bedah siasat jenazah dua mangsa helikopter selesai - Utusan Malaysia

Bedah siasat jenazah dua mangsa helikopter selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap dua jenazah mangsa yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas di Taman Melawati, sudah selesai dijalankan hari ini.

Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengurusan jenazah kedua-dua mangsa dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Menurut sumber proses bedah siasat mangsa nahas helikopter Komander (B) Mohd Sabri Baharom 56, telah selesai dan jenazah telah diserahkan kepada pihak pengurusan jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jenazah Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi pula akan di bawa ke Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Jalil untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ22. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya