2 rugi RM29,040 ditipu sindiket pinjaman wang - Utusan Malaysia

2 rugi RM29,040 ditipu sindiket pinjaman wang

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai dua lagi individu di sini menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak wujud semalam membabitkan kerugian sebanyak RM29,040.

Mangsa yang merupakan pekerja swasta lelaki berusia 29 tahun dan wanita 57 tahun itu mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang berasal dari Telok Ayer Tawar dan Butterworth di sini meninggalkan maklumat peribadi kepada pengendali Facebook itu selepas mempercayai iklan tersebut adalah daripada sebuah bank.

Ujar beliau, kedua-dua mangsa berhasrat membuat pinjaman wang untuk dijadikan modal perniagaan masing-masing berjumlah RM20,000 dan RM60,000.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh individu yang mendakwa ejen pinjaman yang meminta mereka membayar sejumlah wang sebagai upah proses dan mengaktifkan akaun.

“Mereka membuat pembayaran seperti diminta ke dalam tiga bank iaitu masing-masing berjumlah RM15,400 dan RM13,640,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas ejen tersebut berterusan meminta wang sebelum masing-masing membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya